Tuesday, October 22, 2013

Setahun dengan lembu fidlot

Salam semua warga penternak

Lama dah tak update blog ni. Memang aku buat tak kesah je pasal kewujudan blog ni. Tapi sekarang aku rasa aku perlu update blog ni kerana aku rasa aku boleh tinggalkan segala rekod tentang ternakan aku di sini.

Untuk makluman, May 2012 aku start ternak 20 ekor lembu jantan dan 2 ekor lembu betina. So aku plan untuk ternak dalam masa 3 bulan lepas tu aku jual. Tapi semua tu atas kertas je. Real world tak semudah itu. Semua cabaran yang datang aku cuba atasi sebaik mungkin. Lepas masuk lembu sebulan pekerja yang aku hire berenti. Nak balik Indonesia katanya. So aku cari pekerja baru, org Myanmar.

Mula2 kerja ok. Lama2 aku yang pening kepala. Maklum la aku dok jauh. Jadi dia boleh buat sesuka hati je. So susah kat situ. Lembu aku jadi kurus then suffer nak jual sbb body score tak cantik, jadi org tak berapa nak utk korban. So aku kehilangan 1 ekor. 3 ekor lagi aku sempat sembelih. Rugi ler kat situ. Tapi alhamdulillah sebagai new comer dalam industri ni aku berjaya juga jual 8 ekor tahun lepas dan masih ada baki 10 ekor. So budak Myanmar aku ni continue jaga sampai tahun ni. Tahun ni aku berjaya jual semua lembu aku dan aku pun nak terminate pekerja aku tu. So sekarang aku dah tak ada pekerja utk jaga lembu aku. Sedang cari pekerja baru yang boleh buat full time utk jaga lembu2 aku.

So daripada pengalaman aku selama setahun setengah jadi penternak lembu
1. Perlu ada tenaga kerja yang full time boleh jaga lembu kita dan juga berminat.
2. Jadual makanan lembu fidlot ni kena betul dan quantity makanan kena betul. Baru kita boleh achieve body score yang kita nak.

Kalau kita boleh dapat handle 2 perkara ni insya Allah boleh pergi jauh dalam bidang ternakan ni.

Semoga maju jaya semua. Nanti aku sambung lagi planning aku lepas ni.

Friday, May 25, 2012

Cabaran Ternakan Lembu Fidlot

Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi untuk memulakan ternakan lembu fidlot ni. Bagi kami, cabaran utama dapat dikategorikan kepada 3bahagian.



Pembinaan Kandang



    Dalam pembinaan kandang ini, kami bernasib baik kerana kami mengubahsuai reban ayam sepupu kami yang telah lama tidak digunakan. Apa yang perlu diberikan perhatian ialah, kita tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk tujuan pembinaan kandang ini kerana ini akan menyebabkan kita tidak dapat mengisi kandang kita yang cantik tu dengan lembu. Apa yang harus diberi perhatian ialah kandang tersebut boleh memberi teduhan kepada palung makanan dan boleh menghalang lembu kita dari terlepas keluar.



    Bagi menjimatkan kos pembinaan, kita boleh menggunakan kayu-kayu terpakai yang boleh didapati di kedai kayu terpakai ataupun boleh membeli kayu-kayu daripada rumah lama yang banyak terdapat di kampung-kampung. Lantai boleh disimen ataupun dibiarkan tanah. Jika disimen hendaklah disediakan saliran air yang boleh mengalirkan air basuhan kandang ke dalam saliran. Juga sediakan "ramp" supaya mudah menurunkan lembu dan juga menaikkan lembu ke lori.



Gambar Asal Reban Ayam Sebelum Ubahsuai





Gambar Kandang Selepas Ubahsuai
Pemilihan Baka Lembu



    Pemilihan baka lembu yang hendak diternak bergantung kepada target pasaran dan juga kepada tempoh masa ternakan yang hendak dijalankan. Sebagai contoh, saya bercadang hendak menjual lembu di musim Hari Raya Korban, jadi saya telah mengambil semua 20 ekor lembu saya berumur di antara 1 tahun 8 bulan. Jadi pada musim Raya Korban nanti kesemua lembu saya sudah boleh di jual. Tetapi sekiranya ada pelanggan yang memerlukan lembu untuk sembelihan, saya juga akan menjual lembu saya kepada pelanggan tersebut. Selain itu saya telah memilih baka Brahman, Brahman Cross kerana baka-baka ini mempunyai kenaikan berat badan 0.8kg ke 1.0kg sehari. Jadi kita tidak perlu menternak terlalu lama untuk dijual kepada pelanggan. Ini boleh menjimatkan kos makanan kerana tempoh ternakan tidak perlu lama.



    Tidak salah untuk kita memilih dari baka lembu tempatan iaitu K-K, tetapi baka ini mempunyai kenaikan berat badan 0.5g ke 0.8g sehari. Jadi tempoh ternakan akan menjadi panjang sekiranya kita hendak menjualnya kepada pelanggan. Kos makanan juga akan bertambah kerana tempoh ternakan memakan masa yang panjang.

Lembu-Lembu Yang Ada Di Ladang Kami
Makanan Ternakan

    Pemberian makanan amat penting kerana makanan adalah penyumbang utama kepada kos pengurusan untuk ternakan lembu fidlot. Kami memberi pelepah sawit sebagai diet utama kapada lembu-lembu kami kerana pelepah sawit boleh didapati dengan banyaknya di sekitar kawasan berhampiran dengan kandang kami ini.

    Selain itu, kami ada memajak setengah ekar tanah untuk ditanam dengan rumput napier. Tapi buat masa ini rumput napier tersebut masih belum boleh diberikan kepada lembu-lembu kami kerana masih lagi belum mencukupi. Kami berharap dengan adanya rumput napier ini, kami boleh menjimatkan kos pengurusan ladang ternakan kami.


Rumput Napier


Friday, May 18, 2012

Hidup Baru Sebagai Penternak

    Pada 12 may 2012, hidup kami sudah berubah kerana kami telah menerima 22 ekor anak baru yang memerlukan perhatian dan pemantauan yang agak ekslusif kerana mereka semua masih baru di kandang lembu kami.

    Dengan ini kami dengan rasminya menjadi penternak lembu, walaupun belum seratus peratus tapi langkah untuk menjadi penternak telah kami mulakan. Projek ternakan ini telah difikirkan bermula dari tahun 2011 lagi, tetapi hasrat tersebut kami pendamkan kerana faktor tapak kandang dan juga faktor modal yang terhad.


    Jadi pada tahun 2012 ni kami tekadkan hati untuk memulakan juga projek ternakan ni. Bermula dengan tanaman rumput napier pada bulan Februari dan diikuti dengan pengubahsuaian reban ayam sepupu kami kepada kandang lembu.


Gambar Lembu-Lembu Yang Baru Sampai ke Kandang Kami