Tuesday, October 22, 2013

Setahun dengan lembu fidlot

Salam semua warga penternak

Lama dah tak update blog ni. Memang aku buat tak kesah je pasal kewujudan blog ni. Tapi sekarang aku rasa aku perlu update blog ni kerana aku rasa aku boleh tinggalkan segala rekod tentang ternakan aku di sini.

Untuk makluman, May 2012 aku start ternak 20 ekor lembu jantan dan 2 ekor lembu betina. So aku plan untuk ternak dalam masa 3 bulan lepas tu aku jual. Tapi semua tu atas kertas je. Real world tak semudah itu. Semua cabaran yang datang aku cuba atasi sebaik mungkin. Lepas masuk lembu sebulan pekerja yang aku hire berenti. Nak balik Indonesia katanya. So aku cari pekerja baru, org Myanmar.

Mula2 kerja ok. Lama2 aku yang pening kepala. Maklum la aku dok jauh. Jadi dia boleh buat sesuka hati je. So susah kat situ. Lembu aku jadi kurus then suffer nak jual sbb body score tak cantik, jadi org tak berapa nak utk korban. So aku kehilangan 1 ekor. 3 ekor lagi aku sempat sembelih. Rugi ler kat situ. Tapi alhamdulillah sebagai new comer dalam industri ni aku berjaya juga jual 8 ekor tahun lepas dan masih ada baki 10 ekor. So budak Myanmar aku ni continue jaga sampai tahun ni. Tahun ni aku berjaya jual semua lembu aku dan aku pun nak terminate pekerja aku tu. So sekarang aku dah tak ada pekerja utk jaga lembu aku. Sedang cari pekerja baru yang boleh buat full time utk jaga lembu2 aku.

So daripada pengalaman aku selama setahun setengah jadi penternak lembu
1. Perlu ada tenaga kerja yang full time boleh jaga lembu kita dan juga berminat.
2. Jadual makanan lembu fidlot ni kena betul dan quantity makanan kena betul. Baru kita boleh achieve body score yang kita nak.

Kalau kita boleh dapat handle 2 perkara ni insya Allah boleh pergi jauh dalam bidang ternakan ni.

Semoga maju jaya semua. Nanti aku sambung lagi planning aku lepas ni.

3 comments:

  1. Bro... buay lg ke lembu? Pls update ur xperien. Sebab saya pun bru nk mula ternak ni...

    ReplyDelete
  2. Bro... buay lg ke lembu? Pls update ur xperien. Sebab saya pun bru nk mula ternak ni...

    ReplyDelete
  3. TUAN ADA NO CONTACT NAK TANYA PENGALAMAN...SAYA HARIZ 0166687204...

    ReplyDelete