Friday, May 18, 2012

Hidup Baru Sebagai Penternak

    Pada 12 may 2012, hidup kami sudah berubah kerana kami telah menerima 22 ekor anak baru yang memerlukan perhatian dan pemantauan yang agak ekslusif kerana mereka semua masih baru di kandang lembu kami.

    Dengan ini kami dengan rasminya menjadi penternak lembu, walaupun belum seratus peratus tapi langkah untuk menjadi penternak telah kami mulakan. Projek ternakan ini telah difikirkan bermula dari tahun 2011 lagi, tetapi hasrat tersebut kami pendamkan kerana faktor tapak kandang dan juga faktor modal yang terhad.


    Jadi pada tahun 2012 ni kami tekadkan hati untuk memulakan juga projek ternakan ni. Bermula dengan tanaman rumput napier pada bulan Februari dan diikuti dengan pengubahsuaian reban ayam sepupu kami kepada kandang lembu.


Gambar Lembu-Lembu Yang Baru Sampai ke Kandang Kami



1 comment:

  1. Ada update tak keadaan ladang sekarang? Sy minat nk ceburkan diri. Tp kena baca pengalaman org dulu utk psediaan.

    ReplyDelete